Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah jauh tersasar daripada tujuan utama penubuhannya apabila satu projek mega dibina bagi mengaut keuntungan besar dan mengetepikan hak-hak penduduk tempatan di sekitar Keramat dan Wangsa Maju. Tindakan PKNS itu sama seperti tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membawa masuk pelabur-pelabur asing dari luar negara seperti Singapura yang dilihat sebagai satu ancaman terhadap pemilikan hartanah bumiputera di kawasan tersebut.
Rakyat di situ telah meluahkan rasa kekecewaan yang amat sangat dengan PKNS, Menteri Besar dan juga Azmin Ali selaku pengerusi PKNS. Rakyat juga tahu bahawa projek Datum Jelatek turut melibatkan pelabur asing dari luar negara yang bakal mengambil hak-hak penduduk setempat di kawasan ini. Dengan harga jualan kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik yang ditawarkan dari RM 956,000 hingga RM 11.6 itu, tidak ada yang mampu untuk membeli dan memiliki rumah yang bakal di bina melalui projek itu.
Ini sama sekali tidak relevan untuk dibangunkan di kawasan tersebut, di mana harga rumah yang dijual mencecah jutaan ringgit yang sudah pasti tidak mampu dimiliki oleh penduduk di kawasan tersebut. Khabarnya juga beberapa blok kondominium mewah tersebut telah dijual kepada pelabur daripada negara China.
Adakah orang Melayu akan terhakis daripada salah satu penempatan awal Melayu di bandar Kuala Lumpur? Atau adakah Melayu akan terhimpit di celah-celah pembangunan pesat seperti mana yang berlaku di Kampung Baru? Apakah dengan projek ini orang Melayu akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah atau adakah ini satu perancangan untuk meminggirkan orang Melayu?